Thursday, December 11, 2008

A Car Covered With Pens


Read more...

Waterproof Laptop


Read more...

Cute Doll


Read more...

Toothbrush Honeymoon


Read more...

Red & Black


Read more...

The best way to kill your Husband


Read more...

Thursday, December 4, 2008

LUCU KAN?

Lucu kan, RM20 yang kita sedekahkah kepada masjid terasa amat besar tetapi tidak terasa apa-apa bila kita belanjakannya di pasar.

Lucu kan, bila kita rasa amat lama untuk berzikir selama satu jam, tetapi kita merasa amat sekejap menyaksikan perlawanan bolasepak selama satu jam setengah.

Lucu kan, kita terasa amat lama duduk ittiqaf di masjid sejam dua, tetapi tidak rasa apa-apa untuk menonton filem yang panjang.

Lucu kan, kita tidak tahu apa yang nak didoakan, tetapi kita tidak ada masalah bersembang berjam-jam dengan kawan.

Lucu kan, kita naik semangat bila ada tambahan masa dalam perlawanan bolasepak, tetapi kita merungut bila sembahyang terawih panjang sedikit daripada biasa.

Lucu kan, beratnya untuk membaca satu juzuk al-Quran, tetapi dengan mudah kita membaca seratus muka surat novel kegemaran kita.

Lucu kan, kita berebut mendapatkan tempat duduk di depan dalam perlawanan bolasepak atau konsert tetapi kita selesa berada di saf belakang sembahyang jemaah supaya senang kita keluar nanti.

Lucu kan, kita perlu buat temujanji dua tiga minggu untuk tetapkan program masjid tetapi kita boleh tetapkan program lain serta merta.

Lucu kan, betapa sukarnya untuk mengeluarkan beberapa perkataan untuk mengajak kawan kepada kebaikan, tetapi kita amat mudah untuk mendengar dan menyebarkan gosip.

Lucu kan, kita percaya bulat-bulat apa yang suratkhabar beritahu, tetapi kita mempersoalkan kebenaran ayat-ayat al-Quran.

Lucu kan, semua orang hendak pergi ke syurga tanpa perlu beriman, berusaha atau berbuat sesuatu.

Lucu kan , bila kita hantar sebuah cerita kelakar melalui e-mail ianya tersebar dengan cepat, tetapi bila kita sampaikan satu dua ayat Allah, ramai yang keberatan untuk berkongsi maklumat.

LUCU KAN,


Read more...

Wednesday, December 3, 2008

No Yoga for Christians?


Read more...

Tuesday, December 2, 2008

Aku tahu rezekiKu takkan diambil orang lain

Aku tahu rezekiKu takkan diambil orang lain, karenanya Aku tenang, Aku tahu kematian menanti, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Tuhan Ku 'Allah yang Satu'

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat

ii. Ayatul Kursi

iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin

iv. Ayat Berkubu

v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas

CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

2. Mengangkat dua tangan sep erti berdoa

3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0 AYATUL KURSI

BACAAN

Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf

2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.

3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan sep erti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN


Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA

1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda

2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


Read more...

Thursday, November 27, 2008

Penjelasan Pusat Cakra Alam tentang penipuannya

Korang fikirlah sendiri


Read more...

Tuesday, November 25, 2008

The real Photoshop

Source : Art Snob Solutions Flickr


Read more...

YouTube in 1985

It's amazing YouTube survived so many years without the internet.


Read more...

Monday, November 24, 2008

History of Microsoft Windows

Windows 1.0

Windows 2.0

Windows 3.0

Windows 3.11

Windows 3.11 NT

Windows 95

Windows 98

Windows 2000

Windows Millennium Edition

Windows XP

Windows Vista

Windows 7


Read more...

Labels

Design by: FinalSense