1. Mengamalkan Sistem merit sepenuhnya dalam pentadbiran negara tanpa mengutamakan mana-mana kaum. Hak istimewa Melayu tetap kekal tetapi di atas kertas sahaja tanpa pengisian yang bermakna.
2. Pentadbiran awam dirombak. Kuota 4:1 bagi pegawai-pegawai Melayu dan bukan Melayu dalam PTD dihapuskan. Jawatan KSU dan Pegawai Daerah akan dibahagikan sama antara kaum-kaum.
3. Peranan Askar Melayu dipinggirkan bagi memberi jalan kepada Tentera Malaysia yang berbilang kaum. Monopoli Melayu di peringkat tertinggi Jabatan Polis akan dipecahkan.
4. Melaksanakan kebebasan kehakiman dengan perlantikan lebih ramai hakim-hakim bukan Melayu terutamanya dari kalangan ahli Majlis Peguam.
5. Pengendalian sesetengah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan IPTA-IPTA akan diambil alih oleh eksekutif-eksekutif / Naib-Naib Canselor bukan Melayu.
6. Agensi-agensi kerajaan bertujuan membantu orang Melayu seperti MARA, PUNB dan lain-lain dimansuhkan. Dalam masa yang sama, rancangan tanah FELDA dibuka kepada penyertaan semua kaum.
7. Semua tanah tidak bergeran yang diduduki oleh orang bukan Melayu diberi hak milik kekal (bebas).
8. Perusahaan babi menggunakan teknologi moden didirikan di semua negeri-negeri tertentu, menjadikan Malaysia pengeksport babi terbesar di Asia Tenggara.
9. Menghapuskan kuota dalam pengambilan pelajar-pelajar ke universiti (dalam dan luar negara). Manakala dalam IPTS 95% terdiri daripada pelajar bukan Melayu. Meritokrasi akan diguna pakai sepenuhnya.
10. Universiti-universiti aliran Cina ditubuhkan, mengenepikan dasar pelajaran kebangsaan yang berasaskan Bahasa Melayu.
11. Sekolah-sekolah berasrama penuh khasnya MRSM dibuka kepada pelajar semua kaum dan tidak terhad kepada pelajar-pelajar Melayu.
12. Memastikan media khususnya RTM memuatkan berita-berita kegiatan kerajaan baru sepenuhnya manakala satu stesen televisyen swasta yang baru ditubuhkan bagi bersaing dengan TV3.
13. PBT diarahkan supaya semua nama-nama jalan di bandar-bandar wujud dalam 3 bahasa (Melayu, Cina dan Tamil). Dengan itu Bahasa Melayu bukan lagi satu-satunya bahasa yang bertaraf rasmi.
14. Membuka dua akhbar harian nasional yang baru yang condong kepada Pakatan Rakyat bagi melumpuhkan Utusan Melayu dan kumpulan The New Straits Times.
15. Persamaan kebudayaan-kebudayaan semua kaum tanpa mementingkan kebudayaan unsur-unsur Melayu-Islam dalam upacara-upacara rasmi dan penyiaran media.
16. Kebebasan beragama sepenuhnya dengan orang-orang Melayu boleh menukarkan agama mereka dan semua agama berhak mendapat kemudahan-kemudahan yang sama banyak.
17. Pembinaan gereja, kuil dan tokong / patung di semua tempat supaya sama dengan jumlah masjid-masjid tanpa mempedulikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
18. Pengusaan ekonomi telah berada di tangan kaum cina dan India, kini kuasa politik akan dikuasai oleh mereka.
Wednesday, August 20, 2008
Antara Dasar-Dasar Dan Agenda Kerajaan Pakatan Rakyat Setelah Berkuasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment